Tuesday 15 February 2011

Salam Maulidurrasul :)

Salam semua :)

Sempena hari yang sangat mulia, meraikan kelahiran junjungan besar, lagi mulia, Nabi Muhammad S.A.W, mari sama2 kita zahirkan kecintaan terhadap baginda dengan sentiasa mengingatinya seperti mana baginda yang sentiasa memikirkan tentang umatnya. Ayuh kita perbanyakkan salawat agar mendapat syafaat dari Kekasih Allah Yang Agung, Nabi Muhammad S.A.W, di Akhirat kelak :)



 Sabda Nabi S.A.W:

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari Kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku" - An-Nasai & Ibnu Hibban

No comments: